Friday, June 01, 2012

Takde tajuk

Hai hai hai... 
Konon2 ceria la tu!
Saya sedikit penat.
Mata saya semakin rabun sebab hari2 mengadap spreadsheet. Huhuhu...
Project dah la sampai ke hujung tahun. :(
Jangan terkejut bila besok2 saya start pakai cermin mata tebal.
Haha. Ok. Tak lawak :P

Ada kemungkinan anak pertama saya akan dijual.
Huhuhu. Sedih teramat!
Encik 2609 kata, xpe la. Bukannya saya guna dah pun kereta tu.
Lagipun buat apa nak simpan banyak2. *ceh, macam la banyak. Eh, banyak la kalau campur ngan dia punya.
Dari kereta tu tak berpakai, baik lah jual. Dapat gak hasilnya.
Tapi macam yang saya kata tadi.. ni baru MUNGKIN.
Dia bagi saya masa untuk berfikir.

Saya ni macam tak ada mood la.
Saya adalah malas untuk semua.
Rumah ni dah tak macam tak terurus.
Lantai dah seminggu tak bersapu, bermop.
Baju saya dalam laundry basket dah menimbun.
Haih... PMS kot.
Saya rasa nak baring, habiskan novel2 saya je.

Ok lah. Boring betul entry ni.
Bye.




Friday, May 25, 2012

Yea mannnnn....

Wednesday, May 23, 2012

Wordless Wednesday

Budak² kesayangan ♡



Sent from Cik Siti's Samsung Galaxy Note

Kita tak tahu...




Sent from Cik Siti's Samsung Galaxy Note

Petua Imam Syafie



Monday, May 21, 2012

Caca Merba

Saya hanya mampu untuk buat entry random je.
Kira boleh la ye?

  • Semangat untuk bekerja makin menurun. Tiap2 hari saya perlu pujuk diri sendiri untuk gagah ke tempat kerja. Nope. Saya tak ada masalah dengan siapa2 kat office tu. Saya cuma mula rasa bosan.
  • Hari-hari saya 'menyanyi' kat telinga Mr. 2609 pasal kerja. Last skali dia cakap "resign je la. senang." Hahaha... Memang macam nak gelak. Sebab saya tau dia cakap cam tu sebab nak suruh saya diam. Dan saya dan dia tahu, saya tak sesuai tanpa pekerjaan. Saya perlu ada aktiviti. Lagi bagus kalau aktiviti tersebut ada income. Saya tak sesuai duduk rumah. Sehari dua boleh la. Masuk hari ke-3 saya dah mula bosan. Ada je alasan saya untuk keluar jalan2. Pastu kalau keluar jalan2, mesti kena ada duit kan? Takkan nak tengok je? So... Sebab tu saya perlu ada duit sendiri. Tak mo mintak2 dari orang.
  • Mr. 2609 ajak saya invest dalam project dia. Part ni saya suka. Ye. Sebab berniaga ngan dia, memang saya untung besar. Dia tak lokek ngan saya dan dia takkan delay payment sebab hari2 saya akan tanya payment. Hehe.
  • Saya masih tak dapat handbag best yang saya boleh lenjan hari2.
  • Kelantan menang piala FA la semalam! Hahaha.. Kau hado? Takde kan? So sila diam.
  • Saya suka Hafiz menang Mania.
  • Saya perlu lakukan sesuatu pada bilik saya. Semak sangat rasanya. Baju di sana sini. Masalahnya, bila lah saya nak mula mengemas?
  • Saya adalah sangat gemok. :p
  • Ada kawan saya syak saya pergi Kursus Kahwin minggu lepas. Walaupun saya dah tunjuk bukti saya pergi kursus apa, tapi dia takmo percaya. Pffttt.
  • Dah lama saya tak tengok cerita Korea. Rindu pulak.
  • Saya ada satu bulan lagi untuk kerja petang. Lepas ni kerja pagi balik. Haih. Saya rasa saya lebih suka kerja petang laaaaa...
  • Saat saya tengah menaip ni, saya rasa tak boleh nak bernafas. Sebab saya kena 'tindih'. Budak Panda ni ingat dia ringan agaknya. Dengan selamba duduk atas belakang saya. Siap tido bagai!
  • Saya rasa besok sebelum pegi keje, saya nak merayau jap la. Nak pegi cari casing untuk Note saya.
Ok lah. Tu je. Nite. Assalamualaikum....
     
     

Friday, May 18, 2012

Lelaki Itu...





Biarlah orang kata dia Gay...
Biarlah orang kata dia pondan...
Biarlah orang kata dia ni belaan pak menteri...
Biarlah apa yang orang kata...
Saya tak peduli...

Saya tetap suka dia.

Comel je...
Lepas nyanyi satu line... Cakap "lagi.. Lagi..."

Tak baik benci-benci orang :)



Sunday, May 13, 2012

Mainan Baru

Ms. ReddyRed

Tahun lepas... Adik2 punya birthday, dia belikan saya jam Tissot itu.
Tahun ini... Adik2 punya birthday, dia bagi saya mainan baru saya ini.

Dan yang paling best bila dia kata "lepas ni lagi senang la awak nak blogging".
Betapa dia memahami saya.

Thank you Yang!

Tuesday, May 08, 2012

Berduyun-duyun

Assalamualaikum...

Hi.
Saya still kat office.
Hehehe.
Ye. Saya dah start keje petang balik dah.
Minggu ni adalah minggu super bz.
Sungguh saya tak larat.
Rasa nak muntah.

Hari ni dari masuk keje tengahari tadi saya concentrate buat keje.
Semalam saya sibuk dengan project sampai tak sempat habiskan ticket.
Jadinya hari ni keje saya menghabiskan ticket yg berderet. Semalam dan hari ni punya.
Selang seli dengan project lagi satu.
Itu belum campur dengan project yg kami semua dah nyampah nak buat - project air batu.
Petang dah settle ingatkan boleh la bersuka ria.
Tapi harapan tinggal harapan.
Ticket berduyun-duyun masuk.
Nak dibiarkan kesian pulak kat diorang besok pagi.
Dah la keje banyak. System pulak suka buat magic. Kejap² kang "Internal Error".
Haih. Tak kelakar ok!

Sakit kepala makin menjadi.
Nampak gaya kene makan balik la ubat atenolol saya tu.
Kang tak pasal² hypertension balik kang.
Hidung ni pulak kejap ok, kejap tak ok.
Nyampah lak nak layan.

Ok lah.
Saje nak membebel sensorang kat sini.
Rasa cam nak muntah mengadap deretan email yg masuk.

*saya rindu encik 2609 saya. Kbai

Sunday, May 06, 2012

Pemakanan yang betul...




Sent from Cik Siti's Samsung Galaxy Note

Wednesday, May 02, 2012

Burpppppp

Hello world!

Hihihi... Siti Radz kembali bersiaran.
Anda sihat?
Saya macam biasa.
Setakat sakit kepala bagai nak pecah tu dah jadi macam biasa pada saya. :p
Pastu sakit2 badan dan lenguh sendi2..
Semalam saya pergi urut.
Dan kali ini sessi urutan saya adalah sangat memenatkan.
Cik tukang urut kata badan saya banyak sangat angin.
Sepanjang sessi mengurut tu saya sendawa. Penat ok. Penat!

Saya berjanji xmo minum air sejuk banyak2.
Kena minum air suam banyak2.
No more ice water.
Itu adalah punca sebenarnya.
Part tido dan on kipas laju2 tu mmg xleh nak elakkan dah sebab kalau tak on kipas, leher saya berpeluh. Dan saya tak boleh tidur kalau leher saya berpeluh.
Hari ni badan saya sakit2 kesan mengurut semalam.

Oklah tu je dulu buat masa ni.
Ada keje nak kena buat.
Till then, assalamualaikum ;)

*tidak sabar menunggu weekend. Saya dan adik beradik saya nak masuk akademi! Weehhooooooo!!!!

Friday, April 20, 2012

Apa² hal, wa minta maaf dulu

I am seriously not in a good mood.
Like. SERIOUSLY.
Please don't mess with me or else, don't blame me for my harshness.

Some people are just too much.
Waaaayy too much.
And I just can't handle it anymore.
I've been trying to be nice to you and you are behaving like shit.
So that's it!

My advice to you my dear friend: "Grow up!!!"

Owh, I don't think you understand English.
Let me tell you this:

Kalau ko tu setakat "so-so" je... Toksah la belagak bagus Bhai! Benci aku nengok nye. Haakkk tuii!

Kbai.

**Haih. This is so not me. But this particular person is too much. Tak pasal2 kene maki ngan aku.

Sent from Cik Siti's Samsung Galaxy Note

Tuesday, April 17, 2012

Yea... Kadang-kadang...




Sent from Cik Siti's Samsung Galaxy Note

Sunday, April 15, 2012

Amalan Sunnah Sebelum Tidur

1 ) Bersihkan Tempat Tidur
2 ) Letak Tangan Kanan Di Bawah Pipi Kanan Ketika Tidur
3 ) Tutup Bekas Air yang terbuka Walau dengan Sebatang Kayu

Banyak amalan sunnah yang diajar oleh Junjungan besar Nabi Muhammad SAW kepada kita. Namun ini sebahagian amalan yang boleh dikongsi sebelum mata saya terlelap.
1 )     Nabi SAW memberi peringatan agar dibersihkan tempat tidur kita. Ini berdasarkan hadis dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :
" Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa " Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh."\
Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.
2 )     Jika hendak baring tidur, banyak caranya. Antaranya yang disunnahkan adalah dengan meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan Ketika Tidur
Imam an-Nasai'e  dengan sanad yang sahih, juga disebut oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad dan dihurai panjang oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari meriwayatkan dari al-Barra'  :
" Apabila Nabi SAW hendak tidur malam, beliau meletakkan tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan lalu berdoa : Ya Allah, lindungilah aku dari azabMu pada hari ketika Engkau membangkitkan hamba-hambaMu".
3 )     Menutup bekas air yang terbuka
Kita disarankan menutup bekas air yang terbuka. Walaupun dengan sebatang kayu. Ini dijelaskan oleh Imam Muslim bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :
"Tutuplah semua bejana dan ikatlah kantung-kantung penyimpan air. Kerana sesungguhnya, dalam setahun terdapat satu malam (yang saat itu) diturunkan wabak penyakit ke dalam bejana. Tidaklah wabak itu mengenai bejana yang ditutupi atau kantung-kantung penyimpan air yang tidak diikat, melainkan wabak penyakit masuk kedalamnya"
Dalam satu riwayat lagi menerangkan " Jika tidak mendapatkan sesuatu untuk menutupi bejana kalian, melainkan menggunakan kayu, lalu kamu membaca basmalah, maka lakukanlah."
Imam Ibnu Qayyim dalam Zaad al-Maad menghuraikan maksud walaupun dengan kayu adalah berkemungkinan jika terdapat binatang yang terjatuh boleh terhalang dengan kayu tersebut dan boleh juga serangga itu berjalan diatas kayu yang diletakkan.


Sent from Cik Siti's Samsung Galaxy Note

Saturday, April 14, 2012

Untuk Dia ;)

Eh,
Macam comel pulak lagu ni. 
Kan?

Some parts of the song buat saya senyum sorang-sorang. 
Hehehe...
;)


Kuatkan radio, kuatkan radio anda
Kuatkan radio, kuatkan radio

Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

Dia penuh gaya, semua pun nak bayar
Memang selalu belanja
Mungkin anak orang kaya
Kadang kala pabila
Dia ke Singapura
Tak duduk rumah saudara
Dia inginkan Shangrila

Bertemu di Facebook
Beberapa hari kemudian
Mungkin gua comel kot
Ajak ku jumpanya di KL, Ooh KL
Oh lupa bilang gadis ni KL
Tak cakap kosong dia memang begini
Akhirnya dapat tahu dia punyai lelaki
Lelakinya pula kan bawa Mercedez
Apa saja dia minta dia memberi tetapi

Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu, ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

Engkau punya gaya
Walaupun tak kaya
Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja
Mungkin kau lihat ku
Ku banyak berbelanja
Tapi sebenarnya ku biasa-biasa saja

Bertemu di muka buku
Ku jatuh hati padamu
Bukan tak nak mengaku
Tapi hati rasa malu

Senyum mu menawan menawan
Kau buat hatiku tertawan
Ada sesuatu yang kau perlu tahu
Tentang diri aku dengan lelaki itu
Meski dia bisa beriku apa sahaja
Tapi itu semua tidak boleh beri bahagia (bahagia)
Itu bukan segalanya

Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

Jadi engkau yang patut, yang patut
Memberiku segala
Kerna engkau mampu, ya engkau mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk aku (okay)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku (untuk kamu)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku


Wednesday, April 11, 2012

Saya suka lagu ini ;)

~k.0.$.o.N.g~


Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku kosong kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Oo Oo
Kosong kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku kosong kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong

Oo Ooo

Cuti ke?

Good Morning Malaysia!

Hari ini saya keje walaupun sebenarnya hari ni hari cuti umum.
Hari ni saya rajin.
Saya goreng nasi untuk bekalan kat opis. 
Mesti mama saya x percaya!
Hehehe :p



Created with Photoshake for Android


Sent from Cik Siti's Samsung Galaxy Note

Tuesday, April 10, 2012

Ada masalah?

Saya juga seperti dia. 
Saya gemok dan menjadi kurus bukan lah matlamat saya. 

Ada masalah denagn statement saya?
Itu masalah anda. 
Bukan saya. 

Sekian. 


Sent from Cik Siti's Samsung Galaxy Note

Monday, April 09, 2012

:)


Best kan?